Tuesday, July 20, 2010

Pusat Akses, Sk Abang Ali, Sibu

1. Pengenalan
1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

CARTA ORGANISASI PUSAT AKSES
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG ALI, SIBU

PENASIHAT
En. Mahmud bin Hj Ahad
(Guru Besar Sk Abang Ali)

PENGERUSI
En. Mohd Zamhari bin Hj Fauzi
(PK 1)

PENYELARAS PUSAT AKSES (Setiausaha)
En. Nor shith bin Rasid

P. PENYELARAS PUSAT AKSES & JURUTEKNIK
Cik Mas Khadijah Binti Salleh

BENDAHARI
Pn. Ayuyahti ak Arip


AJK
(Semua Ketua Panitia Matapelajaran)
(Guru-guru PPSMI)
(Ahli Kelab Pusat Akses)


KESELAMATAN & PERATURAN PUSAT AKSES SK ABANG ALI

Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.

· Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

  • Keselamatan Mengakses Internet

i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan Keselamatan Penyimpanan Bahan

i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.

  • Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.
  • Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:

1. Pengguna dikehendaki mencatat maklumat perlu dalam buku rekod masuk, penggunaan komputer dan printer.

2. Dilarang membawa beg ke pusat akses

3. Tidak dibenarkan makan, minum, atau merokok dalam pusat akses

4. Dilarang membawa sebarang cakera perisian dari luar kecuali dengan keizinan dari guru pusat akses

5. Tidak dibenarkan membawa masuk dan menggunakan sebarang disket atau handy drive dari luar. Hanya disket baru yang belum digunakan dan bebas dari virus sahaja dibenarkan untuk digunakan dalam pusat akses

6. Sila pastikan anda log off komputer apabila selesai menggunakannya

7. Tidak dibenarkan mengubah sebarang setting sedia ada pada setiap komputer

8. Dilarang sama sekali membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer dari pusat akses kecuali

9. Sila laporkan sebarang masalah berkaitan penggunaan makmal ini kepada guru pusat akses

10.Sila kemaskan pusat akses sebelum anda meninggalkannya


No comments:

Post a Comment