Tuesday, July 20, 2010

Makmal Komputer

Pusat Sumber Sekolah

PENGENALAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merupakan suatu proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sumber. Dalam kontek ini PSS menjadi pemangkin kepada kecemerlangan tatkala ia berperanan sebagai sebahagian daripada program pendidikan. Pihak Pengurusan Pusat Sumber Sekolah mempunyai peranan dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber seperti guru-guru, pelajar, hartamodal, bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan pelaksanaan semasa melaksanakan tugas mereka. Pengurusan Pusat Sumber yang cekap lagi sistematik dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksimum dan efektif kepada pelanggannya yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid.

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber sekolah memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat sumber menyediakan maklumat , perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat penndidikan.

Ke arah Pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.


FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perkembangan pendidikan negara mengalami proses perubahan kurikulum yang menjurus ke arah pembelajaran berlandaskan sumber. Perancangan, pemilihan , pembinaan dan penggunaan bahan media serta kaedah yang sistematik akan dapat mempertingkatkan mutu pendidikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mewujudkan PSS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan pengisihan ruang agar semua murid khususnya dapat menguasai Kemahiran berfikir di samping membantu guru-guru mencari maklumat.

Mengekalkan prasarana menuju ke arah penggunaan komputer dan internet. Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.


MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH



Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Membentuk generasi sekolah sebagai sebuah generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam pelbagai bidang selaras dengan era multimedia.


MOTTO PUSAT SUMBER SEKOLAH

"Ke Arah Generasi Berilmu dan Bermaklumat"


JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI

(GURU BESAR)

EN. MAHMUD HJ. AHAD






NAIB PENGERUSI

(GURU PENOLONG KANAN 1)

EN. MOHD. ZAMHARI HJ. FAUZI

SETIAUSAHA

(PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

EN. SIA PIK KAI


GURU KHIDMAT PERPUSTAKAAN

PN. SITI AISHAH HJ. SULONG( K)

PN DYG. SLIMA BTE GOBEL

PN AYUYAHTI ARIP

PN. RUBIAH BTE LET

PN. NORASMAH BT. ABD. RASHID

PN. AMINAH BT. MAHMUD

PN. RATANA DEWI

GURU KHIDMAT NILAM

PN. MINCHENG ( K)

PN. SITI AISHAH HJ. SULONG

PN. FIONA ENTRIE

PN. HABSAH IBRAHIM

PN. SAYANG BT SABAWI

PN DYG SLIMA

PN KHAMISAH JERAIE

PN ARYANTI JALIL

GURU KHIDMAT BANK SOALAN

EN. TENGGA AK SIGAT( K)

EN. MOHD. AKMAL

USTZ. FAIZAL B. ABDUL HADI


KURIKULUM

EN. MOHD. ZAMHARI B. HJ. FAUZI

CIK KHAMISAH BTE JERAIE

SEMUA KETUA PANITIA

GURU KHIDMAT MAKMAL KOMPUTER

CIK SITI MAWARANI YUSOF